Want your
own Fotopage?






 


By: Tolahah Muda

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  >  >>]    [Archive]
Friday, 2-Nov-2007 13:47 Email | Share | | Bookmark
BLACK & WHITE


Pagi tadi setelah selesai sembahyang subuh kami, Tolahah, Azizi (myazizi) dan Azly (budak Li) berangkat ke Marang, bandar perkampungan nelayan sebagaimana dirancang malam sebelumnya. Di sana kami berjumpa dengan 2 orang lagi photog yang berasal dari Marang iaitu Jalil dan Aziz (Are_gist). Malangnya pagi tu hujan turun sejak malam lagi. Jadi dengan cuaca yang tak berapa elok dan tak ada cahaya misi bertukar kepada Black & White!
Dan ini adalah antara hasil yang diperolehi....






cun Mon 10-Mar-2008 18:08
Posted by:|| By-xura || xuranol@gmail.com  - [Link]
suka tgk pic2 B&W.. sungguh photojurnalism laa.. pic2 lain2 superb2.. boleh berguru?? Sat 29-Mar-2008 17:45
Posted by:diNo  - [Link]
tersentuh hati melihat para nelayan mencari sesuap nasi..
begitu hidup gambar-gambar kat sini..
Sat 3-May-2008 15:35
Posted by:aKmAr  - [Link]
View all 10 comments Add comment


Monday, 22-Oct-2007 08:57 Email | Share | | Bookmark
Mengambil gambar makro dengan lens sediada


Pernahkah anda mencuba mengambil gambar makro seperti ini? Kalau belum apa salahnya mencuba. Hasilnya sangat mengujakan sekiranya dibuat dengan betul.

Harus diingat untuk menghasilkan imej seperti ini tidaklah semudah yang disangka sekiranya tidak dilakukan dengan betul. Berikut adalah beberapa perkara yang patut di ambil kira sebelum anda ingin mengambil gambar makro (contohnya motosikal) dengan lens yang anda ada:

1) Model mestilah yang bermutu. Dalam kes ini model adalah dari jenis 'Maisto'. Model yang murah biasanya tidak nampak 'real'.


2) Sediakan prop yang betul.


Anda boleh mengambil mana-mana buku yang mempunyai gambar yang besar dan jelas. Saya menggunakan alatan yang ada didepan mata sahaja ketika mengambil gambar ini. Antaranya ialah mounting board untuk jalanraya, kertas putih untuk balikkan cahaya di kawasan yang gelap, kotak, botol dan apa sahaja yang boleh membantu menyelesaikan masalah.

3) Lighting biar cukup

Dalam kes ini saya dapati lighting tidak cukup kuat. Saya terpaksa menggunakan ISO1600 dengan aperture f4.0 dan speed 1/15. Kebetulan saya tidak membawa tripod ketika itu (sebenarnya model ini kawan saya punya) dan mujur lens yang saya guna mempunyai IS (Image Stabliser).

4) Ambil gambar sebanyak mungkin untuk pilihan terbaik.

Cuba bermain dengan pelbagai 'Depth of Field'

dan juga pelbagai prop!



O.k, sekarang anda sudah tengok hasilnya. Jadi apa tunggu lagi, pergilah ke kedai sekarang dan carilah model kegemaran anda. Saya yakin anda pasti boleh!

memang lawo r gambo cikgu... Wed 9-Jan-2008 07:01
Posted by:unnamed  - [Link]
menarik sungguh sistem belajar kat sini
usaha moga diberkati
Sat 16-Feb-2008 22:35
Posted by:otosan agmnhob@gmail.com  - [Link]
teruja, x terpikir pon Tue 15-Apr-2008 02:17
Posted by:cik anum  - [Link]
View all 7 comments Add comment


Sunday, 21-Oct-2007 09:30 Email | Share | | Bookmark
Low Key - Cara mudah



'Low Key' ialah teknik 'under exposed'. Cahaya yang kena kepada subjek adalah sedikit manakala kawasan yang gelap adalah lebih menyerlah.

Untuk mendapatkan hasil melalui teknik ini anda boleh:
1) Ambil gambar di kawasan yang cahaya sedikit atau
2) Jika gunakan flash, balut flash dengan kertas hitam (sugar paper) dan tembak flash dari arah yang dikehendaki. Hasilnya ialah kawasan tertentu sahaja yang kena cahaya dan kawasan lain menjadi gelap. Teknik ini juga dikenali sebagai 'snoot'.

Sekiranya hasilnya kurang memberansangkan anda boleh touch-up dalam photoshop menggunakan teknik 'burn tool' bagi menggelapkan lagi kawasan yang kurang gelap.

Care to comment?


Wednesday, 17-Oct-2007 07:22 Email | Share | | Bookmark
Gambar bunga api


Untuk mengambil gambar seperti ini anda perlu lakukan beberapa perkara:

1) Suruh subjek anda duduk setempat jangan melakukan pergerakan yang terlampau aktif. Kalau boleh biar tangan sahaja bergerak.
2) Gunakan tripod
3) Setkan bacaan meter kepada 'manual'
4) Gunakan apature yang besar contohnya f.4
5) Gunakan speed yang perlahan contohnya 1/4
6) Gunakan flash

Anda kena cuba beberapa kali untuk mendapatkan bacaan yang tepat.
Selamat mencuba!

bang..terima kasih singgah page saya..gamba2 sini menarik2 jugak..selamat hari raya Thu 18-Oct-2007 03:28
Posted by:joni brasco  - [Link]
Mi, saya dah tengok website awak. Memang menarik. Cara awak ambil, komposisi dan timing memang ngam dengan selera saya. Tahniah saya ucapkan. Awak pakai kamera apa? Thu 18-Oct-2007 11:38
Posted by:Tolahah tolahah@yahoo.com
Add comment


Friday, 21-Sep-2007 23:28 Email | Share | | Bookmark
Corak (Pattern)

Salah satu daripada kategori dalam industri fotografi ialah corak atau pun 'Pattern'. Untuk menghasilkan gambar ini anda mestilah peka kepada persekitaran. Corak boleh terhasil melalui apa sahaja objek termasuk bangunan, buah-buahan, susunan kuih muih, daun dan sebagainya. Dibawah adalah sebahagian contoh yang dihasilkan melalui bangunan.








buleh cikgu bgtau gmbar kedua ngn ketiga tu gmbar ape?
puas pk tak dpt2 ni..
Wed 24-Oct-2007 13:03
Posted by:hakim  - [Link]
Gambar ke 2 dan ke 3 tu gambar syiling Dewan Sultan Mizan, Universiti Malaysia Terengganu. Thu 25-Oct-2007 00:56
Posted by:Tolahah tolahah@yahoo.com  - [Link]
hai..sy ingin dptkan pndpt pd yg bepengalaman..sy sbg student photo..agak2 camera ape yg sesuai dgunakan? hmm klu bleh sy nk cmera yg power tp hrga nya mst standard ngan status sy..student..cmera ape ek? Fri 25-Jan-2008 18:22
Posted by:marukochi eida_hai9863@yahoo.com
View all 8 comments Add comment


Friday, 21-Sep-2007 14:52 Email | Share | | Bookmark
Petua mengambil gambar orang kenamaan (VVIP)


Mengambil gambar orang kenamaan merupakan satu cabaran yang besar. Anda harus tahu bagaimana hendak memulakan langkah. Apatah lagi anda tidak punya pas masuk atau pun tag urusetia apabila sesuatu acara berlangsung. Di sini saya perturunkan beberapa petua yang boleh anda ikuti sekiranya anda ingin merakam VVIP dari dekat.

Pertama:
Pastikan pakaian anda seboleh-bolehnya menepati bagi acara rasmi. Kalau pakai T' Shirt seeloknya berkolar. Paling mustahak ialah anda MESTI memakai kasut dan seboleh-bolehnya bawa bersama beg kamera (walaupun di dalamnya kosong! hehehe).

Kedua
Apabila tiba di lokasi cuba cari rakan anda (semestinya seorang jurugambar) di situ. Sekiranya seorang pun anda tidak kenal, maka anda kena 'proaktif' memulakan bual bicara dengan jurugambar rasmi yang berada disana. Anda boleh memulakan dengan cara bertanya jam, atau pun bila VVIP akan sampai atau pun bertanya tentang kamera atau lensa yang jurugambar berkenaan guna. Lepas tu apa lagi jangan tinggalkan rakan baru anda itu. Sekarang anda dah berada dalam kelompok jurugambar berkenaan secara tak langsung.

Ketiga

Bila mengambil gambar VVIP tersebut, pastikan anda dapat mengambilnya pada saat
yang betul. Umpamanya mengambil ketika wajah dalam keadaan ceria.





Keempat

Cuba ambil gambar dari sudut yang berbeza. Biarkan jurugambar lain mengambilnya dari sudut yang sama. Hasilnya, nyata anda berbeza.

Assalamualikum cikgu.Dah lama tak keep n' touch.Camnapun salam ramadan Wed 26-Sep-2007 12:32
Posted by:Feyee  - [Link]
Feyee, lama tak masuk fmdc forum? Salam ramadhan juga buat kau di sana. Thu 27-Sep-2007 03:59
Posted by:Tolahah tolahah@yahoo.com
Add comment


Tuesday, 17-Jul-2007 13:41 Email | Share | | Bookmark
Bagaimana mengambil gambar di dalam kapalterbang

Pheewww.. setelah lama berehat kerana kesibukan kerja, hari ini saya cuba juga (gagahkan diri) memasukkan artikel ini untuk dikongsi bersama.


Kali ialah mengambil gambar di dalam kapalterbang. Ada beberapa perkara yang perlu
anda lakukan:

1) Buang perasaan malu

2) Pastikan anda duduk tepi tingkap

3) Rancang apa yang ingin diambil

Saya pasti anda akan berjumpa masalah ini...


Anda fokus objek, hasilnya objek jelas tapi latarbelakang pula hilang!


Anda fokus latar belakang, latar depan pula hilang!



Caranya mengatasinya ialah:
1) Ambil bacaan background (Awan)
2) Fokus kepada objek (Jangan ubah bacaan tadi)
3) Gunakan flash dan Snap!

Teknik yang sama boleh juga digunakan bagi mengambil gambar di dalam rumah dengan persekitaran luar rumah nampak sekali gus.


Terima kasih aunty. Sebenarnya dah lama saya tak update ni. Baru2 ni terlalu sibuk. Saya juga mengucapkan Selamat Berpuasa kepada aunty sekeluarga dan teman seperjuangan yang lain. Sat 15-Sep-2007 10:53
Posted by:Tolahah tolahah@yahoo.com
Salam, Salam Ramadhan
Cikgu saya nak tanya sikit!

Caranya mengatasinya ialah:

1) Ambil bacaan background (Awan)
2) Fokus kepada objek (Jangan ubah bacaan tadi)
3) Gunakan flash dan Snap!

yang (1) tu cikgu, ambil bacaan apa?
Harap dapat membantu, Assalamualikum.
Mon 1-Oct-2007 05:59
Posted by:Amir Azmi  - [Link]
Ambil bacaan 'metering'. Contohnya f8 1/125 semasa memfokus awan maka bila alihkan fokus kepada budak tadi masih lagi kekalkan f8 1/125. Yang berubah cuma subjek tetapi tidak kepada metering di dalam kamera. Mon 8-Oct-2007 10:47
Posted by:Tolahah tolahah@yahoo.com
View all 6 comments Add comment


Thursday, 10-May-2007 14:43 Email | Share | | Bookmark
Seni 'Cropping'

'Cropping' pun seni? Ya memang 'cropping' merupakan satu seni. Seni ini tidak dapat dinafikan banyak membantu jurugambar menghasilkan sudut terbaik 'selepas selesai tugas menembak'.
Di bawah adalah satu contoh yang jelas bagaimana 'cropping' menyelamatkan situasi yang kurang menyenangkan.


Sebenarnya bot tersebut muncul tanpa disedari dari awal. Kebetulan ketika itu saya sedang memfokuskan 'reflection' pokok. Jadi ibarat 'pucuk dicita ulam mendatang'. Dalam LCD memang tidak nampak cacat cela. Namun apabila kita melihat melalui skrin komputer barulah kita nampak kecacatannya. Yang paling ketara ialah sampah sarap dan juga taman perumahan. Pokok di dalam air juga sedikit sebanyak seolah-olah mengganggu perjalanan bot tersebut. Jadi cara yang terbaik mengatasi masalah ini adalah.. CROPPING!

Tapi bagaimana? Terpulang kepada kreativiti anda... Sebaiknya ialah letakkan kedudukan objek dalam keadaan 'off balance'... maksudnya jangan letak di tengah-tengah nescaya gambar anda akan menjadi kaku.

Contoh 1.



Contoh 2.



Contoh 3.



Contoh 4.



Anda boleh mencuba teknik ini dengan menebuk kertas dan padankan dengan gambar yang anda ambil sebelum ini. Hasilnya mungkin di luar jangkaan anda!

Setuju dengan soalan Keba tu Cikgu, mane nok cari kedai yang jual POLARIZER ke ND ke... Ambe baru ade UV filter jer.... Kat UNION mmg hok tu jer yang ada..
Tengok dalam LELONG.COM.MY, Polarizer yang ade cuma HOYA.. tu pun rege dah RM273.00 untuk lens berdiameter 67mm (18-135 AFS DX Nikkor)
Wed 27-Jun-2007 09:35
Posted by:matdue77  - [Link]
Platform for all talented/looking for wedding photographers.
Layari http://www.weddingphotographerscentre.com untuk keterangan lanjut
Wed 11-Jul-2007 12:58
Posted by:weddingphotographerscentre.com advertise@weddingphotographerscentre.com  - [Link]
guane lok naik lalang nims...wahahaha Mon 16-Jul-2007 16:31
Posted by:dome  - [Link]
View all 10 comments Add comment


Monday, 7-May-2007 15:21 Email | Share | | Bookmark
Bergerak dalam kumpulan

Kata orang... kalau nak jadi kaya berkawanlah dengan orang kaya. Kalau nak jadi ustaz berkawanlah dengan ulamak. Begitulah juga dalam bidang fotografi... kalau nak jadi pro berkawanlah dengan golongan 'photographer'. Baru-baru ini (1 Mei 2007) saya dan rakan-rakan dari FMDC mengadakan outing menyusuri Sungai Terengganu dan Sungai Nerus dengan bot penambang. Apakah faedah yang anda akan perolehi dengan menyertai 'outing seperti ini?


Aktiviti 'outing' seperti ini insyaAllah akan dapat meningkatkan ilmu pengetahuan melalui berbincangan semasa mengambil gambar atau setelah melihat hasil kerja masing-masing.


Ia akan mengeratkan silaturrahim sesama rakan yang mempunyai minat yang sealiran dengan anda.


Anda juga akan dapat memahami bilakah masa untuk merakam gambar dan bagaimanakah sudut terbaik untuk mengambil gambar tersebut.


Sekiranya ada kekurangan pada gambar anda, jangan malu untuk bertanya pada rakan yang lebih mengetahui.

Alhamdulillah syukur akhirnya dapat jugak beli DSLR... Nanti saya akan bagitahu kalau nak buat outing lagi. Buat masa ni sibuk dengan kerja design. Tak sempat nak update lagi. Wed 27-Jun-2007 11:27
Posted by:Tolahah
Yelah cikgu, syukur sungguh, Allah dah kabulkan doa saya itu hari, ok cikgu, saya tunggu notification daripada cikgu in the future time... Tahu cikgu tengoh sibuk lening... Kakjoh kabo ke saya... Thu 28-Jun-2007 00:39
Posted by:matdue77  - [Link]
wahh menangis betul tgk outing korang mcmni.. best gilaaaaaaaaa.. teringin sgt nk join u all... Sat 29-Mar-2008 18:05
Posted by:diNo  - [Link]
View all 8 comments Add comment


Saturday, 21-Apr-2007 01:10 Email | Share | | Bookmark
Potret atau lanskap?

Pernahkah anda mengalami kesukaran untuk menyunting sesuatu gambar kerana gambar yang ada tersilap tangkap? Ini adalah sesuatu kesilapan yang sering terjadi tanpa disedari. Kesannya ialah apabila gambar tersebut hendak digunakan bagi terbitan majalah, buletin atau apa sahaja kegunaan. Ia akan menyukarkan terutama apabila ingin memotong sesuatu bahagian kerana kadangkala akan mencacatkan bahagian yang lain pula.

Bagi mengatasi masalah ini ialah dengan mengambil 2 format yang berlainan setiap kali anda mengambil gambar. Di bawah adalah contoh gambar yang diambil secara potret dan lanskap pada ketika yang sama.



Potret




Lanskap

Hasilnya.. ia akan memberi mood yang berlainan, yang bukan sahaja akan memuaskan hati anda bahkan menyenangkan kerja-kerja yang bersangkutan selepas itu.

Font Scriptina. Boleh download. Sat 9-Jun-2007 13:32
Posted by:Tolahah
Ok, cikgu dah download dah... Terima kasih...
Mmg cantik font tu cikgu...
Wed 27-Jun-2007 09:44
Posted by:matdue77  - [Link]
bleh sy tau mcm mne nk download font tu..bekenan jgk la tp sy x tau...maap la sy bru blaja nk dekat2 ngan duni a photo..sebarang tunjuk ajar dr kalian amt diharapkan.. Fri 25-Jan-2008 18:10
Posted by:marukochi eida_hai9863@yahoo.com
View all 10 comments Add comment


[<<  <  [1]  2  3  4  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.